Tuesday, May 15, 2012
Study Week
Sunday, May 6, 2012
Berat Terasa Namun Harus Bagaimana
Sunday, February 5, 2012
ya ALLAH... berikan dia kekuatan
Baruk bape hari aku sik mesej.. tibe2 dapat berita kau sakit d Sarawak... sik dapat aku nak nahan aik mata aku.. lamak tok kau nyuruh aku kuat... aku kembali kuat.. makseh pakcik..! aku rasa macam mimpi jak.. aku sik cayak kau sakit.. aku rasa kedak bulak jak... tp semua orang madah bena... aku dengar sore mak kau... piluk nya.. aku sik dapat nak bayangkan keadaan kau d sia... mak kau nahan tangis wei.. bila kau nak sembuh?? aku dah beli baju chelsea ngn kau... aku balit bulan 3 tok nak nganta ngan kau lah... deng,, kuatlah d sia.. rami orang sayang kau.. lawan sakit kau ya.. tauk.?!.. doa aku kirimkan dari jaoh..
mungkin ada hikmah semua tok.. tapi aku tetap akn doakan kau cepat sembuh..seperti sediakala.. moga ALLAH makbulkan doa kamek orang.. mak bapak kau, adik beradik kau, bale2 kau.. kawan2 kau... hurm.. rindu na aku nak dgr kau nganok aku mase main badminton.. 'mulut boh ngangak besar gilak' hahaha... rindu ku ngan kau wei... kau sahabat aku dunia akhirat... aku sayang kau...
Monday, January 23, 2012
Teringatkan dirimu mencuit hatiku. ^_^ tajol..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih lagi dapat bernafas sehingga hari ini. Genap 22 tahun dan 4 minggu. Muhasabah diri semula. Sepanjang perjalanan hidup ini, ada x kita berbuat baik dengan orang sekeliling? Pernah x kita jauh dari hasad dengki? Pengalaman lepas seharusnya mendewasakan, diri. Bukan menjadikan kita berperangai tidak matang. Faham kan? Jauhilah sifat negatif. Cuba buat baik dengan orang lain walaupun orang tu dah melukakan hati kita. Xsalahkan? Biar kita yang mengalah.
Kadang2, suatu benda itu memang terasa berat pada awalnya, tapi percayalah, akhirnya pasti membuahkan hasil yang menggembirakan. Jauhi diri dari permusuhan. Kemaafan dendam yang terindah. ^_^
Oklah, Klise bukan nak cerita sangat pasal ni.Mukadimah je atas tu. Klise cume nak kongsi sebuah kisah. Zaman dulu kala,,
************************************************************
Klise pernah minat kat sorang mamat ni.. dia senior Klise. Dia tahu kot Klise minat kat dia tapi dia buat2 tak tahu. Haha.. best kan. Lagi dia malu, lagi la Klise sakat dia. Sampai satu saat, rasa malu tu menerpa dalam diri. Klise jadi segan ngan dia. Sangat2. Nak tegur pun, xberani. Tiap pagi, kalo turun kelas, kebetulan Klise turun awal sebab keje kat koperasi.. hehe, Klise tunggu je kelibat dia. Ya ALLAH, kalau dah nampak batang hidung cukuplah.. yang best nye, dia pon jenis sporting. Sampailah dia habis pengajian, Klise bagitau dia, Klise pernah suka kat dia. Klise mintak maaf. Dia cakap, dia sebenar tahu, tp buat2 tak tahu. Dia pon kalau blh nak elak couple2 ni. Tak kira la orng pompuan tu baik mcm mana, cantik mcm mana pon.
Aduh... Sejuk hati kita mendengarnya. Apapun, Klise doakan dia dapat yang terbaik dalam hidup dia. Dia adalah antara salah satu sebab Klise nak posting ke satu tempat tu. Maaf ye. Tajol!!! saya akan merindui saat yang lepas. Walau hati jauh terpisah, tapi kenangan sentiasa mengikatkan kita. Hahaha. Aduduh. Penyakit gila2 sudah datang. Kadang2 benda macamni la yang akan buat kita tersenyum lebar bila terkenang balik. Rasa lucu pulak.. sahabat selamanya!!! Moga kamu berjaya menjadi guru yang penyayang.Amin,, insya-ALLAH.
Muka ganas tapi dalam hati ada taman kan? Yey.. Kawin jangan lupa jemput ya. ^_____^
Sunday, January 22, 2012
Meski ku Rapuh
Ya ALLAH,
Tatkala air mata ini jatuh ke bumi,
Biarlah setiap titisan itu hanya Engkau yang tahu.
Kerana Engkau lebih menyayangi diriku,
Sentiasa di sisi menjaga hati.
Ya ALLAH,
Aku sedar setiap musibah yang datang adalah ujian dari-MU,
Kadang, aku alpa dan leka dengan dunia yang fana.
Lantas, Engkau sedarkan aku yang menjauh dari-Mu.
Syukur ku panjatkan ya ALLAH.
Aku tahu betapa diriku disayangi.
Ya ALLAH,
Di kala aku kejatuhan tersungkur menyembah bumi.
Tiada daya dan kekuatan untuk aku mengorak langkah ke hadapan
Apatah lagi untuk berdiri.
Walau aku bertatih dalam setiap langkahku,
Engkau selalu ada menemani ku
Tidak pernah menjauh.
Ampunkan segala kekhilafan ku ya ALLAH.
Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.
Moga rasa cinta kepada-MU semakin kuat.
Jauh dari kerapuhan

